Terma & Syarat
Kemas kini terakhir: 22 November 2026
Terma & Syarat ini mengawal penggunaan perkhidmatan kelas Bahasa Inggeris online yang ditawarkan oleh Cikgu AMZA (Abdul Mutalib Bin Zainal Abidin), termasuk kelas percubaan percuma dan kelas berbayar yang didaftar melalui laman web ini. Dengan mendaftar atau menggunakan perkhidmatan ini, anda bersetuju dengan terma di bawah.
1. Perkhidmatan Yang Ditawarkan
Cikgu AMZA menawarkan kelas Bahasa Inggeris dwibahasa secara live dalam talian untuk pelajar Tahun 1 hingga Tahun 6, dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut peringkat umur (Tahun 1–3 dan Tahun 4–6). Setiap pelajar baharu layak untuk satu (1) sesi kelas percubaan selama 1 jam secara percuma, tanpa sebarang komitmen bayaran.
2. Pendaftaran
Pendaftaran dibuat melalui borang di laman web ini. Maklumat yang diperlukan ialah nama penjaga/parent, nama anak, nombor WhatsApp yang sah, dan kumpulan (tahun) yang berkenaan. Selepas borang dihantar, pendaftaran akan disahkan melalui WhatsApp oleh Cikgu AMZA.
3. Yuran & Bayaran
Kelas percubaan pertama adalah percuma. Sekiranya penjaga/parent memilih untuk meneruskan kelas selepas sesi percubaan, yuran bulanan semasa adalah seperti yang dipaparkan di laman web ini pada masa pendaftaran. Bayaran dibuat melalui kod QR pada setiap 1 haribulan. Maklumat bayaran lengkap akan dihantar terus melalui WhatsApp selepas kelas percubaan.
4. Pembatalan & Bayaran Balik
Penjaga/parent boleh berhenti meneruskan kelas pada bila-bila masa tanpa sebarang penalti, memandangkan tiada kontrak jangka panjang dikenakan. Walau bagaimanapun, yuran yang telah dibayar tidak akan dikembalikan — pelajar perlu menghabiskan kelas yang telah dibayar bagi bulan tersebut.
5. Tingkah Laku Semasa Kelas
Pelajar dan penjaga/parent diharap memastikan suasana yang kondusif semasa sesi kelas live dijalankan. Cikgu AMZA berhak menggantung akses seseorang pelajar sekiranya tingkah laku yang tidak sesuai menjejaskan pembelajaran pelajar lain.
6. Hak Harta Intelek
Nota PDF dan rakaman kelas yang dikongsikan melalui WhatsApp adalah untuk kegunaan peribadi pelajar dan keluarga sahaja. Bahan-bahan ini tidak boleh disiarkan semula, dijual, atau dikongsikan secara terbuka tanpa kebenaran bertulis daripada Cikgu AMZA.
7. Had Tanggungjawab
Cikgu AMZA berusaha sedaya upaya untuk memastikan kualiti pengajaran yang konsisten, namun tidak menjamin pencapaian akademik tertentu (contohnya keputusan peperiksaan) hasil daripada penyertaan kelas ini.
8. Pindaan Terma
Terma & Syarat ini boleh dikemaskini dari semasa ke semasa. Sebarang perubahan akan dipaparkan di halaman ini bersama tarikh kemas kini terbaharu.
9. Hubungi Kami
Sebarang pertanyaan berkaitan Terma & Syarat ini boleh dihubungi melalui WhatsApp: +60 19-696 5050.